My Blog List

Followers

Sunday 28 August 2011

Sajak.Ketika


Ketika 
Aku jatuh tersungkur
kau datang menghulur tangan membawa aku ke puncak.
Tika
Aku menagis dengan hiba
Kau datang mengelap air mataku dan membuat aku ketawa.
Tika
Aku kesunyian tanpa sesiapa di sisiku.
Kau datang umpama cahaya menyinari hidupku.
Tika
Aku memerlukan teman untuk aku meluangkan masa.
Kau ada disisiku setiap masa,setiap waktu.
Tika
Aku tidak tahu siapa harus aku mengadu.
Kau datang menjadi pendengar setiaku.mendengar setiap yang aku ucapkan dengan tekun.
Tika
Aku lemah dan tidak bersemangat untuk menerus kan hidup
Kau datang memberiku semangat tanpa berputus asa,walaupun aku degil mendengarnya.
Tika
Aku bergembira dengan kejayaan aku.
Kau menagis dengan bangga dengan kejayaanku tanpa aku sedari.
TETAPI
Ketika aku mula menyayangimu...
Kau pergi ibarat angin yang berlalu...
Terima kasih atas kehadiranmu yang sementara ibarat satu persingahan di dalam hatiku.
AKAN AKU ABADIKAN KAU DIDALAM DIARI HIDUPKU.


HARGAILAH DIA KETIKA DIA MASIH DISISI KITA.

CRIDIT BY.
Tak ingat..zaman lagi sekolah dah hafal adehh..


<----Jangan lupa clik like :)

Permakanan Seimbang Dan Kebaikannya.





APA ITU MAKAN SEIMBANG?

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang disarankan untuk
memastikan anda sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
 Hal ini kerana,
pengambilan pemakanan yang seimbang dalam diet seharian dapat membantu risiko
beberapa penyakit termasuk kanser,serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi,
lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. 
Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, ianya dapat membantu mengelakkan diri anda daripada didekati penyakit
berbahaya

KARBOHIDRAT

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

PROTEIN

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

LEMAK
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

GALIAN

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran

VITAMIN

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

SERAT
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

TAHUKAH KAMU?
~Makanan seimbang dapat:
~Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
~Makanan Seimbang Dapat mengelakkan penyakit Enemia.
~Makan Seimbang Bagus Untuk Pesakit Diabetis.
~Menjaga Kesihatan Mata.
~Makanan Seimbang Bagus Untuk Pesakit Kanser
~Bagus Juga Untuk Mengelakkan Keletihan Ketika Berpuasa
~Dapat Mengatasi Kekurangan Keseimbangan Makanan.

Jadual BMI



Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukansetakat perlu untuk kesihatan badan, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal danmental manusia. Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu danmengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitandengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat.


Cridit By:

<------Jangan lupa Click like :)

Saturday 27 August 2011

Pilihan Anda terpakai atau terbaru?

Bagi kamu yang mempuyai bajet yang rendah,tentunya kamu akan memilih kereta terpakai sahaja sebagai pilihan yang utama.
Ia bukan sahaja berharga murah,bahkan bayaran bulanannya juga rendah.
Akan tetapi,sebelum kamu membuat keputusan untuk membeli kereta yang terpakai atau baru,apa kata kamu semak tips di bawah ini terlebih dahulu.



KERETA BARU
Kelebihan
~Risiko rosak rendah
~Ada tempoh jaminan dalam waktu yang tertentu
~Enjin atau kelengkapan lain mempuyai kualiti  yang bagus.

Kelemahan
~Harganya yang mahal.
~Kereta yang baru boleh mengalami susut harga yang agak tinggi untuk tahun pertama.

KERETA TERPAKAI
Kelebihan
~harga yang murah

Kelemahan
~Seperti membeli haiwan perliharaan dalam karung,kamu mungkin tidak tahu sama ada ia benar-benar baikatau tidak.
~Mudah rosak dan kamu akan mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaikinya.
~Akan mengalami Susut harga yang jauh lebih rendah dari biasa.

APA PILIHAN ANDA SEKARANG?

<--------JANGAN LUPA CLICK LIKE :)


Friday 26 August 2011

Kebaikkan Ais!

Siapa kata ais hanya boleh dinikmati untuk menghilangkan dahaga semata-mata.
Ais sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan.
Misalnya,ia dapat mengatasi rasa sakit yang menyerang tubuh.
Pastikan ice batu yew..
bukan ice lain.(paham-paham la yew)



SENGAL PADA PINGGANG
Pinggang terasa sengal setelah mengangkat berang yang berat atau duduk seharian di depan komputer?
Ais batu dapat melegakan kesakitan.
Caranya mudah,letakkan ais dibahagian pinggang yang sakit tersebut beberapa minit (sehingga ais mula cair)

BAHANA MATAHARI
Beraktiviti di tepi pantai boleh membuatkan kulit kamu terbakar?
Segeralah letakkan ais yang telah dibungkus dengan tuala lembut ke kepala.

DIGIGIT SERANGGA.
Untuk kulit yang digigit serangga pula,tekapkan kesan gigitan tadi dengan ais.
Biarkan selama 5-10 minit dan kamu akan dapati bengkak tersebut akan hilang.

SAKIT KEPALA
Untuk mengatasi sakit kepala dan maigrain,letakkan ais dalam plastik kemudian letakkan di belakang kamu.

TAHUKAH KAMU?
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh
dan menyeluruh

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Jangan lupa click like :)

Wednesday 24 August 2011

Tanda-Tanda Kamu Dilamun Cinta

Mesti korang penah rasekan perasaan ni..
tipu lah kalau tak penah rasekan..
Sapa-sapa yang sekarang dah ada pasangan hidup..
Jom kita flash back kenangan lalu..
Ada rase macam bawah ni tak?

~Kamu sering tersenyum apabila teringat si dia

~Kamu akan pastikan telefon bimbit sentiasa berada di tangan walau ke mana kamu pergi.

~Kamu akan pantas menjawab panggilan telefon kerana mengangap ianya tentu pangilan si dia.

~ketika kamu menghubungi si dia,kamu tidak perlu memperkenalkan nama kerana sudah tentu si dia dapat mengecam suara kamu.

~Kamu bercakap dengan nada yang lembut dan perlahan ketika berbual dengan si dia melalui telefon.

~Jantung kamu berdenyut kencang jika mendengar telefon berdering.
Adakah itu pangilan si dia?

~Sebelum kamu sukar untuk mengingati nombor telefon sesiapa,tetapi nombor si dia,semuanya terakam di dalam memori kamu.

~Kamu resah menanti panggilan selamat malam dari si dia seperti kebiasaan yang dilakukan.
Jika si dia lambat atau pun tidak menelefon,pasti kamu sukar untuk melelapkan mata.

~Kamu menggunakan nama si dia sebagai kata laluan (passwod)untuk telefon bimbit atau pun komputer kamu.

~Ramai teman-teman bertanya kenapa wajah kamu nampak berseri kebelakangan ini.
Pastinya kamu akan tersipu-sipu untuk menjawab

~Kamu semakin gemar mendengar lagu-lagu cinta.
Rasa asyik dan dibuai perasaan indah jika mendengar lagu-lagu sedemikian.
Pasti ingatan segera terbang mengingati si dia.

~Teman kamu mengajak untuk pergi menonton wayang di hujung minggu,tetapi kamu terpaksa menolaknya dengan cara yang baik kerana kamu sudah ada perancangan bersama dengan si dia di waktu yang sama.

~kamu lebih pandai bergaya dan mahu kelihatan menawan ketika bertemu dengan si dia.

~Ketika berbual dengan si dia,topik yang selalu diutarakan ialah tentang keluarga,masa depan dan hubungan kamu berdua.

~Ketika kamu makan bersama,kamu kurang berselera kerana asyik menatap wajahnya sahaja.
Rasanya cepat 'kenyang' apabila menatap wajah si dia yang tersayang.

~Kamu mula berangan-angan untuk hidup bersamanya.

~Kamu asyik menceritakan perihal si dia ketika berbual bersama teman-teman

kamu menggabungkan namanya dan nama kamu menjadi satu.

~Kamu dan si dia suka membeli barangan yang sama sebagai tanda  kenangan.

~Kamu sudah berani  mengajak si dia datang ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga.


TAHUKAH KAMU?
Bercinta memang mudah. 
Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

So..yang mane tengah mengelamun tu.. ada rase macam tanda-tanda ni tak??

<---jangan lupa klik like. :)

Tuesday 23 August 2011

Kami Blogger Prihatin!



Blog Abang ben Ashaari ada buat segmen untuk kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA.
Segmen ini terbuka kepada semua blogger,sebagai tanda prihatin kita kepada rakyat somalia.
Marilah kita bersama menderma di bulan yang mulia ini.
yang penting ikhlas.
kalau korang nak menderma korang boleh klik laman web ini 
Tarikh tutup segmen ini pada (1 syawal)
jom ramai-ramai join..
klik >Disini< untuk maklumat lanjut,
Sebarkanlah di Fb atau twitter


KEHIDUPAN RAKYAT SOMALIA

LEBIH BAIK TANGAN  MEMBERI DARIPADA MENERIMA.

Monday 22 August 2011

12 Cetusan Hati.

Asyik-asyik pasal cinta..hehehe.
 biarlah..arul yang taip..
Penat tauh ngee~~
Madah ni.. korang boleh lah kirim khas kepada yang tersayang.
Coretkan madah-madah ini untuk si dia hayati.
Semoga hubungan anda dengan si dia lebih bermakna di hari-hari menatang.
Amin.


~"Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cnta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki?
Cinta umpama ota kristal,indah di penglihatan,derita di perasaan..."

~"Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bilaperasaan menjadi rindu padanya,tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta".

~"Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata"

~"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok asih ada parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada",

~"Cinta bukan paksaan,ia lahir dari dua perasaan. kehadiran tidak diundang perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan"

~"Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan,tetapi percintaan tidak penah berakhir dengan persahabatan."

~"Kadangkala kita menyedari bertapa dalamnya kita menyintai seseorang,disaat kita sedang kehilangan.
~Dan kadangkala kita juga menyedari bertapa perlunyacinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya"

~"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat"

~"Apakah sebenarnya cinta itu?
Cuba katakan.
Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran,dua hati dalam satu debaran."

~"Cetusan cinta pertama merupakan satu getaran yang sangat mengoncang jiwa"

~"Cinta yang lahir dari pandanf pertama adalah cinta suci.
Manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sehati.
Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi,cinta suci atau cinta sejati"


TAHUKAH ANDA???
Usia muda hanya datang sekali.
Sekali ia berlalu pergi,takkan kembali lagi.
Berfikirlah dengan bijak dan akal yang waras sebelum mengambil keputusan yang bakal mempengaruhi keseluruhan hidup kamu.
Jika tak ingin terjadi,usah sesekali cuba menghampirinya.
Usah memulakan sesuatu yang tidak dikehendaki.!

Maksud Dan Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul qadar,malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam.
Malam yang penuh dengan keberkatan dan Penuh dengan nikmatnya.
Hanya orang yang beriman yang akan rasa malam yang penuh dengan keberkatan ini.
Semoga kita dapat merasa suasana malam lailatul qadar ini..
Amin.

MAKSUD MALAM LAILATUL QADAR
~MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.


TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR
                    ~Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas


                          ~ Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
~Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
~Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
HIKMAH MALAM LAILATUL QADAR
~Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini. 
~Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.” Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan.
Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.
~Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).
Selamat Beramal...
<-----jangan lupa klik like

Sunday 21 August 2011

ketahuilah Penyakit isomnia Dan Cara Mengatasinya

Penyakit Isomania adalah penyakit...senang cakap penyakit susah nak tidurlah..
yelah..korang asyik berguling-guling kat atas katil tu,sambil mata terkebil-kebil.
pastu menjerit "kenapa aku tak leh tidur nie!!!'
haaa... itu laa penyakit isomania..
Korang pun tauhkan.tidur nie penting untuk kita.
supaya badan cukup masa untuk berehat..
jem woo kalau straitt je...
Terutama Kepada Kaki Fb Dengan Blogger.



JENIS-JENIS ISOMNIA

~Isomnia jangka pendek
Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang 
disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin 
melarat menjadi insomnia jangka pendek  dan biasanya insomnia jenis ini akan 
berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.

~ISOMNIA KRONIK
Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat 
menjadi insomnia kronik yang biasanya  berlarutan dari beberapa bulan hingga 
beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan  oleh keresahan umum, pengambilan 
ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi  fisiologi (gangguan fisiologi) atau 
penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah 
amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan 
tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

PUNCA-PUNCA

~Faktor Gaya Hidup
Sikap yang suka-suka hati tidur lambat, Mengambil minuman keras, Mengambil ubat ubatan, Merokok juga faktor utama penyumbang penyakit ini.

~Masalah Kesihatan
Penyakit yang menyebabkan rasa sakit,seperti kenser,ulser, dan lain-lain (yelah pedihh uhh).
Masalah pernafasan seperti asma,kegagalan jantung kongestif (ahhh semputt)

~Masalah psikiatri
Kemurungan, Penyalahan gunaan dadah dan lain-lain.

TIPS MENGATASI ISOMNIA

~Minum Susu Suam dan Mandi air Suam
Cara ini akan membuatkan badan kita lebih rileks.
dapatmengurang kan tekanan.

~Tentukan waktu tidur
Tetap kan waktu tidur kita.contohnya pada pukul 11.
Kalau boleh jangan lambat-lambatkan lagi.


~Bersukan
Bila dah bersukan mesti badan letihkan.
Anda boleh cuba bersukan sehari dalam 20 hingga 30 minit sehari.


~Hindari Kafein,Nikotin,Alkohol
Jauhi minuman seperti kopi yang mempunyai kafein yang boleh menyukarkan anda tidur.
Jauhkan diri anda daripada nikotin yang akan menyebabkan anda mudah terjaga.
Bergitu juga dengan alkohol..(haram tu!)

~Kawal Suhu bilik Anda
Turun kan suhu bilik anda. mesti bestkan kalau dapat tidur sejuk.
Tapi jangan terlampau sejuk sangat.
Nanti penyakit lain pulak yang datang.


~Jumpa Doktor  Jika Masalah Tidak Boleh Selesai
Jika masalah anda tidak boleh selesai juga.
Anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor,supaya dapat merawat anda dengan berkesan.
Mungkin cara doktor lebih senang membantu anda.

TAHUKAH KAMU???
Ketika kamu semua sedang tidur lena.
saya bersusah payah menyiapkan entri ini..
huhuu sob sob sob..~~
zzzZZ

<------Jangan lupa klik like

Tips Menempuhi hari tanpa Si dia...

Rindukan bila orang yang kita sayang tingalkan kita..
huhuhu sob sob sob...
Adehh nape entri hari ni ...
jiwang sangat ni!!
huhuhu
jom kita tengok caranya...
:)


Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih.
 Itu adalah normal. 
Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. 
Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu.
 Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati.
 Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari.
 Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke.

 Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu.
 Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. 
Habis tu apa nak buat ek?.
 Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan.
 Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan.
 Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

 Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. 
Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. 
Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya.
 Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

 Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. 
Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. 
Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi.
 Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang.

 Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad.
 Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya.
 Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun.
Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. 
semua akan berubah ke..
dia masih mahu kot..
atau apa-apa jela. 
Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.


TAHUKAH KAMU???
Kebahagiaan ada untuk mreka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba. 
Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya org yg telah mnyentuh kehidupan mereka
Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, 
ketika kita masih menunggunya dgn setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.


Couple-Pergi
Jom layan lagu ni...huhuhu


<---------jangan lupa klik like :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)