My Blog List

Followers

Thursday, 21 February 2013

Sifat Wanita Takde Yang Takde Pada Lelaki




~ Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

~Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

~Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

~Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit katshopping complex tiap-tiap minggu!

~Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

~ Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

~Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

~Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!

~Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

~Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

~Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

~ Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

~Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.

~ Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

~Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

~ Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

~ Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

~ Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

~Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai... Pe.....?

~ Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianyasama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

~ Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jikasemua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki
ataupun perempuan!

Wednesday, 20 February 2013

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki




~ Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


~Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


~ Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


~Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


~ Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


~ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


~ Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


~ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


~ Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


~ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


~ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


~Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


~ Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


~ Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


~ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


~ Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


~ Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


~Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


~Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


~Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


~ Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


~Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


~Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


~ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


~Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


~ Senjata wanita adalah airmata!!


~Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


~Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


~ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, 18 February 2013

Fakta Tentang Islam



~Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

~ Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

~ Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

~Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

~Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

~ Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

~ Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

~Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

~ Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

~Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

~Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

~Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

~ Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat

~Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

~Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 
16 bulan.

~Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

~Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

~Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

~Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

~Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

TAHUKAH KAMU???
Islam itu mudah jika kamu memahami dan menghayati keindahannya.

Sunday, 17 February 2013

Fakta kentut



Bunyi macam tak senonoh tapi tu lah hakikatnya, itu rutin kita. So, kita kenalah tahu sebab apa kita kentut. Jangan asyik ingat sebab sakit perut, sebab makan telur, or sebab nak buang air besar. Kentut ni memang tak da cara nak atasi. Nak tak nak kena kentut jugak, tapi control lah sikit.Jangan lepas ikut suka hati je.

Dari mana datang kentut ni?

Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari bontot. Tapi sebenarnya, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Bukan lah bontot punca sebenar kentut!

Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk?

Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Maksudnya, diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang boleh membunuh.

Berapa banyak kita mampu kentut sehari?

Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Tapi ada je yang kentut tak sampai 14kali kan?

Selain jenis makanan, apa lagi penyebab kentut?

~Tertelan udara
~Makan terburu-buru
~Makan tanpa dikunyah
~Naik pesawat udara kerana bila tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut.

Kentut sama ke dengan sendawa, tapi muncul dari lain lain lubang?

Sebenarnya tak sama. Sendawa datang dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, tapi kentut lebih banyak mengandungi gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Kalau kita tahan kentut, mesti kentut tu hilang kan?

Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.

Kentut boleh sebabkan kebakaran, tak percaya?

Kentut mengandungi gas metana dan gas hidrogen yang boleh menyebabkan kebakaran. Kalau terbakar, nyalaan berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen. Kalau nak try, boleh try kentut depan unggun api. 

TAHUKAHKAMU??
Saya malas nak cakap apa-apa..
Nak tidur.. xD

Saturday, 16 February 2013

Cara Mengorat Awek Zaman Moden


Di malam yang agak santai ni chawi nak berkongsi tips-tips untuk jejaka yang single mingle ni 'testing' korang punya power rangers untuk mengorat aweks-aweks zaman moden ni. Ni zaman moden bro, bukan zaman 80-an, 90-an dah. So, ubah la cikit cara nak mengorat tu.huhuu..

1. Sajak? puisi? pantun? mana orang pakai dah benda-benda ni. Ntah-ntah korang pon tak tau apa benda tu.huhu.. Ni zaman 3D HD colour la. Cuba try test korang tunjuk kad kredit platinum ke, kad kredit emas ke, confirm awek-awek beratur tunggu giliran untuk jadi awek korang. Medical card tak payah la nak tunjuk.haha..

2. "Errr..cik adik, tumpang tanya, jam pukul berapa ye?" Adoi..ada lagi ke yang guna ayat ni? Tak maju langsung la korang ni. Ayat tu simpan dalam muzium je. Kena kalau dia keluarkan jam kat iphone 4 dia tu, kan dah malu korang. Cuba try tanya macam ni, "Errr..cik adik, sekarang ni dah masuk waktu isyak ke?". Fuh! memang la cair woo tengok alim-alim kucing korang tu.haha..

3. Bagi sejambak bunga? Huh. ingat apa? Awek tu lebah madu ke? Cuba kalau bagi sejambak laptop ke, serumpun wang kertas RM100 ke, nescaya awek tu melompat-lompat keriangan.

4. Mula-mula jadi adik angkat. Cait! Zaman kuno dah ni. Apakata korang angkat je duit simpanan korang tu lepas tu tunjuk pada beliau. Bukan setakat adik angkat, bini nombor 4 pon dia sanggup.haha..

5. Surat dari abang posmen. Surat2 ni pon korang boleh jadikan manuskrip dah. Tak payah guna pon takpa. Sekarang ni gentle la cikit mintak nombor telefon dekat fb. Add je aweks-aweks yang agak cun kat fb tu. Ramaikan?

6. "Apa kenyit-kenyit mata? Sakit mata ke?." Tak payah la nak kenyit-kenyit mata ni. Lebih baik korang kenyitkan korang punya alat penggera kereta Nissan Fairlady atau Mazda RX8. Tak perlu diajak, awek tu pandai-pandai la dia masuk sendiri dalam kereta sport korang tu.huhuhu..

TAHUKAH KAMU
Aku risau je buat aktikal nie.. 
Bila awek aku baca.. Glups~~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)