My Blog List

Followers

Sunday, 31 July 2011

Laman Web Singapura Telah Digondam oleh hacker tempatan kerana bola??

Assalamualaikum semua...ni nak cerita satu berita HOT ni. Selepas kekalahan timnas kita menentang Singapura dalam kelayakan piala dunia FIFA 2014 tempoh hari, seorang @ sekumpulan hacker tempatan telah bertindak memalukan denganmenggodam laman web www.singaporecarsonline.com.


Apa tujuan sebenar diorang pon aku tak tahu...tapi yang penting,ini memang satu tindakan yang agak keterlaluan


Hacker yang menggunakan nama M43L Tro0P3rs menggodam laman web tersebut dengan meletakkan gambar Safee Sali dan juga gambar tugu negara.....








Lebih membuatkan aku rasa malu dengan tindakan hacker ni ialah....dia juga meletakkan lagu yang mengutuk Singapura dengan menggunakan lirik yang erkkkk.....entah hape hape jekk..korang cuba lah dengar sendiri kat laman web yang di godam tu ye.

Adoi..jangan la macam ni. Kita patut nya menunjukkan contoh yang baik. Biar lah mereka hormat kita walaupun kita tewas. Kalau macam ni...kompom la semua dok kutuk negara kita. Malu la weiii...sebab nila setitik, rosak susu sebelanga....

Come on la, kita patut nya cari jalan nak tingkatkan mutu permainan skuad kebangsaan kita,bukan nya melakukan perang saraf kepada musuh kita....nampak pengecut la der


Hazrul Cakap:Hebat sehh~~ hahahaha

kalau Haiwan main Facebook..??



 Ape yang diorang Update kat WALL ekk??





Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?


katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya
org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles


Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2   panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


Tips Mudah Segak Bergaya Sepanjang hari


MANDI
 Pekara yang paling mudah tetapi sukar untuk dilakukan ialah mandi di waktu pagi.
Selalunya pelbagai alasan yang diberikan apatah lagi dengan suasana pagi yang sejuk.
Sebenarnya,terdapat kelebihan mandi diwaktu pagi.
Antaranya sudah tentu badan berbau harum,segar,
kulit menjadi sihat dan rambut tidak terlalu kering atau berminyak.

SEGARKAN WAJAH
Bahagian paling penting untuk penampilan diri adalah wajah.
 Semua mata tertumpu pada wajah dan boleh memberi tafsiran kepada orang lain.
Jadi,selepas memberus gigi,pastikan wajah anda dicuci bersih dengan menggunakan produk
pencuci wajah yang sesuai.


MEMBERUS GIGI
Jangan hanya menumpukan perhatian kepada pembersihan gigi semata-mata.
Pastikan juga anda memberus lidah kerana kebanyakan lelaki jarang melakukan.
Menurut saranan pakar gigi,
jika anda memberus lidah setiap hari selama dua minggu,
nafas anda akan berbau lebih semula jadi.
Semua orang tidak suka kepada mulut berbau busuk.


BERSIHKAN TELINGGA
Bukan sahaja mulut dan wajah perlu dijaga setiap hari.
Deria-deria yang boleh dilihat oleh orang lain seperti telinga juga perlu diambil perhatian.
Amat memalukan jika terdapat bendasing di telinga anda.
Untuk itu,adalah lebih baik membersihkan segala kotoran di telinga.
Caranya mudah sahaja,
gunakan putik kapas atau tuala lembab


KUKU & TANGAN
Apabila ditanya kepada wanita,
mereka mengatakan suka kepada lelaki yang bersih.
Begitu juga dalam urusan kerja,berjabat tangan dengan klien atau rakan sekerja dengan kuku dan tangan yang kotor amat memalukan.
Jadi pastikan anda memotong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Tidak salah untuk anda menggunakan losyen tangan bagi tujuan melembutkan tangan anda.


RAMBUT BERGAYA
Gaya rambut dikatakan penentu imej seseorang.
Sesetengah lelaki agak sukar untuk kelihatan berbeza dengan potongan rambut.
Menurut kajian,
Lelaki yang berambut pendek adalah lebih menarik.
pastikan juga rambut anda sentiasa bersih dan disikat rapi.
Sebaiknya,
Sebelum anda keluar rumah atau mandi,
syampukan rambut anda,keringkan dan gunakan tangan untuk mengayakan rambut diinginkan.

Gunalah produk pengayaan yang sesuai.
Ingat 
gaya rambut juga boleh menarik perhatian orang lain terhadap anda.


KASUT
Setiap orang bukan hanya melihat kepada wajah tetapi juga kasut.
Pandahan mata bukan terarah pada wajah ia cenderung ke bawah apabila berjalan.
Jadi
untuk memastikan orang lain memandang kebawah tanpa memberi tafsiran buruk kepada penampilan anda,
pastikan anda memakai kasut yang bersih dan berkilat sepanjang hari.


Saturday, 30 July 2011

Hukum &Teknik membuat Tatu (jom Pantau)


Hukumnya
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam
berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

BAGAIMANA PULA BAGI MEREKA YANG TELAH TERLANJUR MENBUAT TATU?
Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Orang yang telah bertatu tetapi tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia maka tidak wajib dihilangkan tatunya kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut.



GAMBAR PROSES MEMBUAT TATU DIBADAN (18SG)








kulit yang telah di siat..


hasilnya..

Gelinya aku nengok...
kat NEraka nanti..kena Siat lagi
Kulit ko..nasib2~~

Friday, 29 July 2011

Kenapa Facebook tak jadi tutup??


Dulu kita telah digemparkan 
dengan berita
Facebook akan ditutup
pada 15 mac 2011

Punca-puncanya ialah,
1)Mark zuckerberg tertekan menguruskan laman sosial ini,
entah lahh macam x leh upah orang lain pulak ekk

2)Maknusia lebih senang tanpa Facebook
yelahh..dia cakap..nanti orang dah malas nak keluar rumah jumpa kawan2

3)I dont care about money,I just want my ol life back
banyak mengabiskan masa dia untuk lawan sosial ini.
Sampai xdw mase nak uruskan diri sendiri
rindu kat kehidup lame lah 2,,,

Tapi akhirnya..laman sosial ini tak jadi tutup..
tp kenapa ek??
mungkin??
cube baca Gambar di bawah yew!

l
l
l
l
l
V


Sape yang edit nie??isk3
DrRozmey saya x tauh pape... ngee~~
x nak cakap pape
Syuhh~~~


Wednesday, 27 July 2011

Tidak bertudung Vs Bertudung Di wall FB

Serious..pedihh 2 kena macam 2... hahaha
jaga-jaga yee bahasa anda

Kenapa kita Sering kali gagal??


Gagal tak semestinya kita kalah,
tapi kita kena berusaha supaya kita boleh berjaya,
kegagalan dapat mengajar kita untuk kita lebih berusaha untuk kehadapan,
tapi INGAT!!
kegagalan akan terjadi apabila kita berhenti melakukan..
Soo..
apa yang terjadi..kita kena habiskan apa yang kita dah buat..
jangan tingalkan separuh jalan..
disini saya ada senaraikan beberapa punca
kenapa seorang itu Gagal

TIDAK YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Individu yang sering gagal
sebenarnya tidak yakin pada dengan kemampuan dirinya melaksanakan
tugasan atau apa-apa sahaja pekara yang diterima

SUKA BERLENGAH
Masalah paling besar sekali
yang perlu diatasi dengan sebaik mungkin ialah sikap,
melengah-lengahkan sesuatu perkara
perbuatan suka melengah atau post pone,
memang tidak digalakan.
Elakkan melengahkan keputusan penting
kerana tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya
hanya akan memburukan keadaan.

SIFAT BERPURA-PURA
Elakkan sikap egoistik dan memandang status.
Individu yang mempuyai sifat berpura-pura ini sentiasa ingin disanjung tinggi
tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Individuyang mementingkan diri sendiri ialah yang tidak bertanggungjawab
dan tidak mengambil berat tetang apa jua pekara sekali pun.
Individu seperti ini berpuas hati dengan apa yang dimilikinya tanpa perluu berusaha lagi.

HIDUP TANPA TUJUAN.
Tidak mempuyai cita-cita untuk menikmati kejayaan
dan kehidupan yang lebih bermakna

Tuesday, 26 July 2011

Berita Gempar..ultraman telah kehilangan kuasa..

Video ini lah bukti
punca-punca ultraman kehilangan kuasa.
anda saksikan lah sendiri..
BERTAPA...??
korang tolong sambung kan lah ayat aku nie..



selepas kehilangan kuasa,
ultraman telah bersara daripada melawan raksasa
dan dia telah melakukan kerja ini..

hantar kanak2 ke sekolah

meronda2 di taman..
bila dah takda kuasa nak terbang

Mase rehat diorang pegi stadium,
Tengok bola..

Akhirnyee raksasa menyerang bumi dengan sesuka hati..

Habis La~~~

Monday, 25 July 2011

Tabiat yang lelaki suka lakukan

 

   1)Suka menyentuh telingga
     Seseorang yang bertanggunjawab dan pandai merancang masa depan.Dia juga seorang yang             
     berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan

   2)Suka mengunyah gula-gula getah
      Seseorang yang agresif,mudah begaul dan ramai kawan.Dia juga seorang yang ceria dan 
      berjiwa besar.

   3)Suka meletupkan jari -jemari
     Seorang yang cergas,rajin berusaha dan,sentiasa mempuyai idea baru.Kamu juga dikatakan 
     seorang yang romantik.Namun sikap negatif pula ialah kamu seorang yang suka menarik   
     perhatian orang ramai dengan nada suara yang kuat ketika bercakap. 

Tahukan kamu bahawa
sikap glojoh ketika makan mengambarkan kamu seorang..
yang kelam kabut,panas baran dan juga pentingkan diri sendiri.Jadi bagi kamu yang juga suka
berperangai bergini,berhati hatilah
kerana perlakuan tersebut akan menunjukkan
keburukan diri kamu sendiri..          

Beza Lelaki dan Perempuan


Lelaki


"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



>>>MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Terima kasih...semoga ape yg diceritakan ini memberikan kita sedikit ilmu...

Sunday, 24 July 2011

Jadilah Seorang Kawan yang baik


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. 
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. 
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. 
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

PatutKah wanita perlu dilindugi??



SeBelum Korang nak baca Enti nie..
bukak lagu nie tauh..
Sambil baca Entri nie..



Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.

Allah tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran,  apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. Juga Allah menciptakan wanita sebagai pasangan hidup lelaki yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus melahirnya generasi, disamping tunduk dan beribadah kepada Allah.

Tetapi, mengapa  ada lelaki yang tunduk di bawah kaki wanita. Mengemis cintanya, berharap kasih sayangnya dengan menggadaikan kepemimpinan, bahkan kehormatan dan harga dirinya.

Wanita dipuja bagai dewa, disanjung bagai Dewi Shinta, yang banyak menyebabkan lelaki buta mata, buta telinga, bahkan buta mata hatinya. Namun ada juga yang menganggap rendah wanita. Wanita dinista, dihina. Kesuciannya dijadikan objek yang tidak bernilai harganya. Tenaganya dieksploitasi bagaikan kuda. Kelembutannya dijadikan transaksi murahan yang tak seimbang nilainya.

Wanita dijadikan sekedar pemuas nafsu, bila habis madunya, dengan seenaknya dibuang ke tempat sampah, atau dianggap selipar jepun  yang tak berguna.

Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita melihat mereka menjajakan diri didalam gelap malam yang mencekam. Relakah kita melihat mereka membanting tulang mengumpulkan ringgit atau sebagai risikonya dengan mayat terbujur kaku?

Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya seperti   jasad hidup yang tidak memiliki nilai?

Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya lapar, liar, ganas, tidak berpendidikan, bodoh, dungu, hanya kerana ketidakmampuan ayah memberi nafkah, kerana ketidakmampuan kita medidik dan mencintainya, kerana ketidakmampuan kita melindunginya, sebagaimana Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dekat dengan hatinya untuk dicintainnya.

Dia tetap wanita, yang diciptakan Allah SWT dengan segala kelebihan dan kekuranganya. Tidak layak manusia dengan akalnya yang kerdil ini mengganti kedudukannya apa lagi fitrahnya.
Wanita bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya. Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala.

Saturday, 23 July 2011

Perhimpunan Haram Bersih,Di sebaliknye...(gambar)


Warna-warni Perhimpunan bersih
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
Nie Backup pasukan FRU

Yang nie lak Backup team Bersih

Nampaknye Team Digi join Bersih pulak~~~sponser ke??


Hahahaha kalau lah betul-betul menatang Transfomers nie ada kat Malaysia,
Terbalik kl,

Fuhh~~~~

Motorsikal Paling jimat Di dunia,hasil tangan warga tempatan.


Kalau korang tengok mesti Korang terkejut punye..
why??
Sebabnye.......~~~
ahh korang pantau lah sendiri malas nak taip panjang2
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

Khas untuk golong Remaja sekarang
Bergaya~~


Nak masOk Motor Gp??
erghhh!!

Haaa~~
yang nie awek2 boleh lah pakai..
Smart2 boleh jalan2 tayang2

                                    Ape Macam ok tak??Boleh pegi jauh tak??




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)