My Blog List

Followers

Monday 22 August 2011

Maksud Dan Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul qadar,malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam.
Malam yang penuh dengan keberkatan dan Penuh dengan nikmatnya.
Hanya orang yang beriman yang akan rasa malam yang penuh dengan keberkatan ini.
Semoga kita dapat merasa suasana malam lailatul qadar ini..
Amin.

MAKSUD MALAM LAILATUL QADAR
~MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.


TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR
                    ~Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas


                          ~ Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
~Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
~Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
HIKMAH MALAM LAILATUL QADAR
~Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini. 
~Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.” Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan.
Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.
~Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).
Selamat Beramal...
<-----jangan lupa klik like

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)