My Blog List

Followers

Monday 8 August 2011

Lebih Berani Lebih Bahagia

Berdasarkan kajian,mereka yang berani menghadapi sebarang masalah dan cabaran,mereka lebih berkeyakinan dan merasakan diri lebih bermakna.
Kononnya bertindak berani seperti ini akan memberi kesan yang positif dan menjadikan hidup lebih positif dan menjadikan hidup lebih bahagia,aktif dan bertenaga.
Memang,bukan mudah semua orang mampu lakukannya dalam sekelip mata.
Sebaliknya seseorang itu harus bersabar dan berusaha sehingga kebahagian yang menjadi impian menjadi kenyataan.



TINGKATKAN TOLERANSI HADAPI RISIKO.

Latih kemampuan kamu untuk merasa tenang menghadapi kenyataan tidak perlu dengan hal yang besar atau sukar.
Mulai dengan kecil misalnya menegur kawan-kawan yang terlalu lama rehat.
Atau memberanikan diri mengikuti kelas mempertahakan diri biarpun tanpa sebarang teman.
Hasilnya tidak seperti yang dharapkan,sebaliknya ucapkan selamat pada diri sendiri atas usaha yang kamu lakukan.
Tindakan ini akan meningkatkan keberanian kamu bukanya kau tidak penah menghadapi kegagalan.
Anggap kegagalan sebagai proses pelajaran.

INGAT KEJAYAAN MASA LALU.

Tulis 10 keberanian yang kamu lakukan di dalam hidup berserta waktu kecemasan yang datang sama denganya.
Jangan kuatir apabila kamu belum penah melakuka sebarang aktiviti seperti 'bungee jumping' atau panjat tebing.
Berani protes pada teman lelaki atau wanita yang menyusahkan,tinggalkan teman yang tidak menghormati kamu dan sebagainya,itu adalah salah satu tindakan yang berani.
Membaca pengalaman berani kamu di kertas akan memberikan kesan besar dibandingkan dengan cuba menyimpan di dalam otak.

BERI PENGHARGAAN DIRI.

Hadiahkan foto yang mengambarkan kejayaan kamu sebagai hadiah untuk kejayaan kamu.
Hal ini akan memberikan inspirasi kepada kamu agar berusaha lebih kuat dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.

SUMBER INSPIRASI

Sebaik kamu memerlukan seseorang yang boleh kamu dijadikan sebagai penguat semangat kamu.
Orang tersebut harus lah seseorang yang kamu kenal dan boeh mengigatkan kamu mengenai hal-hal yang penah kamu lakukan.
Orang itu juga boleh belaku jujur apabila memberi pendapatnya.

SIKAP BERANI BUKAN SLUMBER.

Dengan penyusunan rancangan yang teratur disertai dengan info yang penting,kamu boleh meramalkan kemungkinan hasil dan memperkecilkan kegagalan yang kamu hadapi.lazimnya,orang yang sering membuat perancangan di dalam hidupnya menghadapi risiko yang lebih kecil

TANYA DIRI

Cara ini dapat membantu kamu untuk mengetahui dengan pasti hal yang sebetulnya yan menjadikan kamu risau.
Apabila tahu punca kerisauan,kamu akan mudah mengatasinya.
Tunggu beberapa hari dan baca catatan tersebut.
Kenali polanya,bentuk kecemasan yang boleh merisaukan kamu.
Cuba cari jalan penyelesaian.

PERTIMBANGAN

Cuba pertimbangkan apabila risiko,apakah kamu akan kecewa tertekan atau mungkin lega?
Proses berfikir ini akan membantu kamu mengetahui pilihan yang dimiliki di dalam mengambil sesuatu keputusan.
Kalau boleh, usah sesegera itu memutuskannya.
Fikir sedalamnya

BAYANGKAN MASA DEPAN.

Pusatkan perhatian kamu kepada kejayaan yang bakal kamu miliki pada masa hadapan.
Dengan mengambil langkah berani daripada kerisauan kegagalannya.
Cuba bayangkan hal positif yang bakal terjadi pada diri kamu seperti perkahwinan yang bahagia,karier kamu mencapai puncaknya, atau tubuh kamu tetap langsing dan anjal di dalam usia 40 tahun.
Hal ini seperti ini boleh memotivasikan kamu untuk membuat perubahan penting dalam hidup.


4 comments:

Ku Azhar said...

yup..berani hidup untuk gagal! hehehe sekali gagal xbermakna gagal selama2nya..btl x..

erm..yg td comment kt entry ku tu..tq ye Arul...ape pun..yg penting..be urself and be strong...especially bab anon2 nie..jgn ambik port sngt..

Arul said...

@Ku Azhar
betol3
wokey2..arul ingat pesan ku..
:D thnks ku...

fizie said...

Betul tu..kalau tak berani dan cepat putus asa, akan susah nak teroka sesuatu yg baru..org berjaya ni sebenarnya dia menjadi org pertama atau terawal mencipta sesuatu idea..barulah org itu akan berjaya..

Arul said...

@fizie:) betol 2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)