Dalam hidup kita ini mesti ada terciptanya persahabatan.
orang duduk dalam gua pun ada sahabat tauh..
semasa kita dalam proses persahabatan,mesti kita nak perhubungan persahabatan itu kekal kan.
jangan pandang mudah.
jangan kerana sifat kita,kita kehilangan seorang sahabat yang baik.
Dibawah ini ada 12 Punca-punca perhubungan persahabatan itu tidak kekal..
SUKA MEMINJAM
Tidak kiralah sama ada dari segi kewangan,mahu pun barangan peribadi
GEMAR MENGUNGKIT
Suka mengingatkan berkali-kali pertolongan yang pernah diberikan suatu waktu dahulu
TALAM DUA MUKA
Tidak jujur dan suka mengata dibelakang sahabat
DENGKI
Cemburu setiap kali melihat kejayaan sahabat dan sentiasa mendoakan kejatuhanya
PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Dalam apa jua situsasi,individu sebegini akan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan sahabatnya.
BATU API.
Suka mengada-adakan cerita yang tidak benar dan menyebarkan khabar angin itu kepada teman-teman sekeliling
MUNGKIR JANJI
Tidak berpegang teguh kepada janji-janji yang dilafazkan.
Sebaliknya mengangap segala janji yang diucapkan itu sebagai janji kosong.
Tidak jujur.
Tidak jujur dalam perbuatannya.
Dan tidak jujur sewaktu meluahkan sesuatu pendapat mahupun pandangan yang ada kalanya mampu mendatangkan keaiban kepada sahabat sendiri.
MENINGGI DIRI'
Apa sahaja yang dilakukan adalah semata-mata untuk menunjukan kehebatan dirinya semata-mata.
Ada kalanya pertolongan yang dihulurkan kepada si sahabat juga dilakukan semata-mata untuk membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan bijak!
EGO
Sukar untuk melafazkan ucapan maaf dan sentiasa beranggapan bahawa dirinya sentiasa berada di pihak yang benar.
BERSIKAP TERTUTUP
Tidak suka berkongsi cerita atau masalah bersama.
Apa gunanya bersahabat sekiranya segala pekara dianggap rahsia?
MENGONGKONG
Apa sahaja yang dilakukan perlu dilakukan bersama-sama.
Sahabat akan 'naik angin' atau 'panas hati' sekiranya kamu tidak mengajaknya sekali.
Pendek kata,kamu perlu melaporkan kepada sahabat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekara!
Bukankah itu terlalu mengongkong dan merimaskan?
SAHABAT YANG ANDA PERLU JAUHI!!!
-GEMAR BERGOSIP
-GEMAR MEMPROTES
-SI PENYIBUK
-SI PENCURI IDEA
-ORANG-ORANG YANG TIDAK MENYENANGKAN
4 comments:
askum , saia Copy& paste kt my blOg Oke ~
( kena bgitahu nnti kta curi plak ~
talam dua muka yg amat2 menyakitkn..
@zue
boleh je.. :D
tapi jangan lupe tingalkan link tauh :)
@fa
tauh xpe...harap2 x dw kawan yang mcm 2..
Post a Comment