My Blog List

Followers

Friday 5 August 2011

Resipi mencari kawan baru



Kita sering mendengar pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa hubungan persahabat yang dijalin dalam waktu yang singkat biasanya tidak mampu bertahan lama.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh kamu jadikan panduan agar hubungan persahabatan yang baru terjalin dalam masa yang singkat itu,mampu bertahan untuk selama-lamanya.

POLISI KEJUJURAN
Kejujuran adalah polisi terbaik yang harus dimiliki dalam perhubungan persahabatan.
Ketika mencurahkan perasaan atau saling berbual ringan dengan sahabat,tonjolkan kesungguhan kamu terhadap sahabat.

MENGHARGAI.
Terapkan sikap menghargai dan gemar menilai secara positif terhadap apa jua yang kamu miliki.
Melalui cara ini kamu akan belajar cara mengenai pendekatan terbaik untuk menghargai dan menyanjungi orang lain,khususnya sahabat itu.

MEMAHAMI
Cuba untuk memahami dan peka terhadap keadaan orang lain.
Fahami keperibadian sahabat baru itu dan beri ruang serta kesempatan untuk kamu dan sahabat saling mengenali antara satu sama lain.

BERTOLAK ANSUR
Jangan berkira dengan sahabat.
Saling berkongsi masalah bersama-sama dan jangan mementingkan diri sendiri.

SALING BELAJAR
Selongkar pelbagai bahan bual bicara dengan sahabat baru.
Anggap si sahabat sebagai individu yang memiliki pelbagai minat.
Dengan cara ini,si sahabat pasti bertambah bersemangat berkawan dengan kamu.

INFO SAHABAT


Sahabat bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai tempat yang paling tepat untuk kamu meluahkan perasaan bagi berkongsi rasa dan rahsia.
Hakikatnya sahabat juga terbukti mampu memberi impak positif terhadap kesihatan kamu.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan di amerika syarikat jarang berkumpul bersama rakan-rakan ternyata boleh menyumbang kearah yang tidak sihat terhadap kesihatan,
Seperti masalah berat badan berlebihan dan kebiasaan merokok secara berlebihan.

2 comments:

fiziesss said...

Mencari kawan memang senang..nak cari yang betul2 ikhlas bukan senang..kalau ada pun mase senang jer...kalau mase susah..buat tak tahu..

Arul said...

@fiziesssbetul 2...kawan yang tolong kita mase kita susah lah..yang kita kena jage...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)