Kita semua tahukan,bila kolestrol tinggi dalam badan kita.
Macam-macam penyakit yang datang.
Sebab itu kita kena kawal kolestrol dalam badan kita.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah memngambil makanan yang anti kolestrol yang banyak di sekeliling kamu.
Selain mengurangkan kadar lemak masuk di badan,ia juga boleh meningkatkan kadar protein.
Nak tahu apakah makanan kesihatan yang baik untuk tubuh?
Semaklah tips di bawah ini,
CENDAWAN
Tingkat Kadar Lemak Baik!
Cendawan memang kaya dengan kromium,mineral yang membantu memecahkan lemak.
Ia akan membantu menurunkan kadar lemak yang tidak diperlukan (LDL),dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
Sumber lain Kromium adalah kekacang (kacang tanah,kacang kuda,dan kacang almond)
LIMAU NIPIS
Sakit Jantung!
Di antara pelbagai jenis limau nipis,limau nipis mempuyai kandungan flavonoid yang banyak.
Selain menyingkirkan lemak yang berlebihan ia juga boleh mengurangkan risiko diserang penyakit jantung.
Flavonoid selalunya boleh ditemui pada teh,brokoli,tomato,soya,bawang merah dan bawang bombay serta delima.
IKAN SALMON
Kaya Omega3!
Omega 3 umumnya dapat melindungi tubuh daripada kenaikan kadar kolestrol LDL.
Selain salmon,ikan tuna juga kaya dengan omega 3.
Jadi,cuba lah berubah demi kesihatan kamu.
Tak salah rasanya jika kamu berubah selera dengan memilih makanan seperti sushi sebagai menu harian.
Selain enak,ia cukup berkhasiat dan baik untuk proses diet yang sedang kamu jalankan.
EPAL
Kaya Serat!
Epal memang kaya denganserat larut.
Selain berperanan untuk mengawal penyerapan kolestrol di dalam tubuh.
Ia juga baik untuk tubuh.
Sumber lain adalah betik,buah-buahan yang diamakan bersama kulitnya (epal dan pair), lobak merah dan sayuran (misalnya buncis,dan kacang panjang),serta beras merah.
TEMPE SOYA & TAUHU
Makanan tradisional sperti tempe memang digemari ramai.
Rasanya lemak dan enak jika digoreng merupakan sati keistimewaan!
Bahkan, ia juga dikatakan baik untuk kesihatan tubuh dimana ia mempuyai kandungan fitokimia isoflavon yang bersifat anti kolestrol.
Selain itu,ia juga banyak terkandung di dalam tauhu dan susu soya.
MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga.Sumber lainnya:
Belimbing,betik,rambutan,strawberi,dan kiwi.
Vitamin C mencegah kolestrol jahat LDL sehingga dapat mengelakkan terbentuknya plak di dinding pembuluh darah.
KACANG TANAH
Enak Dipanggang
Kacang tanah yang dipanggang di dalam ketuhar.
Selain enak dimakan,ia juga kaya dengan lemak sihat,dan vitamin E..
LEMON
Kaya Dengan Vitamin C
Memang sudah diketahui bahawa lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang cukup tinggi.
Selain bermanfaat untuk kecantikkan wajah,jusnya juga mengandungi sifat sebagai anti bakteria yang sangat baik untuk memerangi infeksi di mulut.
LAGI BEST: Cuba kamu perahkan us lemon di atas ikan salmon ketika kamu sedang menikmati sushi,rasanya akan bertambah enak dan berkhasiat.
Begitu juga jika kamu perahkan ia di dalam air dan salad.
AVACADO
Avacado sering kali dikaitkan dengan kecantikan,namun tahukah kamu avacado juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam kesihatan
Misalnya bagi meraka yang mempuyai masalah kolestrol yang tinggi dalam badan.
Asid pantotenik yang terkandung di dalamnya berperanan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah!
Nikmatilah ia sekurang-kurangnya sebiji seminggu.
TAHUKAH KAMU?
Coklat mengandungi sejenis zat yang dikeluarkan oleh otak ketika seseorang itu sedang jatuh cinta.
Jadi...lazatnya coklat,nikmatinya jatuh cinta!
Selamat Menikmatinya~~~
No comments:
Post a Comment