My Blog List

Followers

Wednesday 21 September 2011

Awas! Sebab-Sebab Lelaki Bosan Dengan kamu.

Mesti korang nak tahukan kenapa lelaki cepat bosan.
Jangan pikir diri sendiri yang betul.
Pikir apa yang telah anda telah buat pada meraka.
Bawah ni ada Tips Kenapa Mudah Lelaki Bosan.



Korang asyik call dia je..kejap-kejap call.
Kadangkala nak menyampaikan benda yang tidak penting...
Bayangkanlah kalau sejam 4 hingga 5 kali korang call dia..
Kalau dalam 24??
Ermm......

Korang merengek-rengek..buat-buat gedik kalau permintaan korang  tidak dipenuhi...
Ingat comel ke buat macam tu??
Menyampah adalah..

Bila dia memasak,korang tegur masakanya tidak sedap dan tidak setanding dengan masakan mak korang.
Pastu lak korang leh cakap kedai mamak belakang umah tu masak lagi sedap.
Masakan dia tidak kena dengan selera kamu.
Kecik laa hati dia..
Sepatutnya kita cakap lah sedap ke...
kalau dah memang teruk sangat masakan dia.
jangan lah kita hina lak dia.
Bersusah payah dia cuba masak untuk kita.

 Apa yang dia buat korang asyik mengkritik je.
tak penah bagi keyakinan untuk dia.
bagi korang,dia tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu hingga berjaya.
Apa yang dia buat ada je yang tak kena dengan mata korang.

 Terlalu mengongkong pergerakkan si dia.
malah korang tak bagi dia pergi beriadah dengan teman-teman,sebab takot dia mengatal dengan orang lain.
korang nak dia setiap jam lapor diri kat korang.
Pehh~~

Apa yang dia pilih korang tak penah sokong.
Bagi korang pilihan dia ketingallan zaman dan tidak bersesuai.
Tapi bila dia suruh korang beli sendiri..
Korang buat tak tahu.. buat dek je la tu!!

Kegemaran dan cita rasa korang berdua tidak sama.
ini akan membuatkan korang asyik bertekak je dengan si dia semata-mata  nak dahulukan cita rasa masing-masing.
Malah sebab ini juga lah belaku PERANG dingin monsun barat daya.

Korang tak nak join dia dengan teman-teman keluar bersama-sama dengan alasan yang tidak masuk akal.
Puas dia memujuk korang.
Tapi korang tetap tak nak pergi.
Baginya dia nak memperkenalkan teman-teman dia untuk menyesuaikan diri kamu dengan keadaaan.
Tapi korang lak yang tidak berminat.


Korang tak bagi dia memakai sesuatu yang boleh membuat dia nampak bergaya dan kemas.
Sebab risau dia kena ngurat dengan gadis-gadis lain.
Contohnya memakai baju yang boleh membuat si dia tampak kacak dan menawan.

Korang bajet bagos....!!
Apa yang korang buat semua baik.. apa yang korang luahkan semuanya betul.
Bagi korang tiada siapa yang boleh tandingi korang..
Bukan itu sahaja,tidak cukup merendah-rendahkan dia dan membandingkan diri kamu dengan dia.

Korang nak apa yang dia buat mesti sempurna.
Bila dia buat salah sikit,tanpa berfikir panjang,korang marah dia,korang hina dia
Walaupun kesilapan tu kecil je.
tapi korang marah dia.. macam dia bakar rumah korang!

Korang suka sangat buat perangai kebudak-budakan.
kalau umur tu kecik lagi takpe.. ini dah besar nak mampus..
ini akan membuatkan dia rimas dengan korang.

korang lebih mementingkan dia daripada kawan-kawan dia.
Pada korang,dia tidak penting daripada kawan-kawan anda.
Bila dia perlukan korang menemani dia,korang cakap korang nak keluar jalan-jalan dengan kawan.

Korang terlalau mengikut kata ibu korang,memang tdak salah kalau ikot cakap ibu sendiri.
tapi bila mendengar kata ibu kamu tiada bantahan.
Sehingga adakalanya kamu membelakangkan si dia.
Bila dia menegur kamu..kamu cakap si dia tidak menghormati ibu kamu..
SUSAHNYA DAPAT ANAK EMAK!!!


Kamu suka membandingkan si dia dengan orang lain,
Terutama dengan bekas teman lelaki kamu.
apa saja kelemahan yang ada pada dia.. selalu jadi alasan untuk kamu memperkecil-kecilkan dia.
Apa perasaan kamu kalau dia membandingkan kamu dengan kekasih lama dia?
Macam tu lah perasaan dia.

Korang tak penah percaya kepada dia.
Walaupun dia dah lakukan macam-macam perkara yang terbaik kat korang.
Tapi korang tak penah hargai.
Bagi korang..
Dia buat baik sebab ada muslihat tertentu.

Bila jalan bersama-sama,korang kerap memandang jejaka lain.
Pntang keluar bersama mata korang melilau mencari jejaka yang lalu berhampiran.
Bukan setakat pandang.. siap dengan  pujianlagi tu..
Pehhh !! Terbakar jiwa!!

Korang berkira sangat dengan Bf sendiri..
Contoh.
kalau keluar makan bersama-sama..korang cakap "makan asing-asing,bayar sendirian berhad"
Bertapa Kedekotnyaaa korang!!

korang degil..
bila dia tegur korang tak nak dengar..
bila ditegur semakin menjadi-jadi.
Sikap keras kepala dan degil korang sering mencabar kesabaran dirinya.
AWAS.Takut nanti hilang sabar kamu pula jadi Sengsara...

Korang tidak tahu menghormati orang tua.
Bagi korang semua orang sama je,tak kira lah tua atau muda.
kamu herdik tanpa memikirkan perasaan orang tersebut.

Tidak tahu malu.
korang berkelakuan tidak senonoh contonhnya ketawa sekuat hatimenggilai macam pontianak dan cakap macam boleh dengar 1kilometer orang keliling dah menjeling-jeling pun kamu buat tidak tahu.
Bak kata pepatah BUDAK TIDAK MAKAN SAMAN!

Tidak penah mengaku kesalahan.
walaupun dah terang memang salah sendiri..
tapi tetap nak salah kan orang lain.
Berbuih mulut orang cakap sekalipun kamu tetap dengan pendirian kamu mengatakan kamu tidak bersalah.

Pengotor dan pemalas.
Lebih jijik lagi kamu sanggup memakai pakaian yang berbau busuk kerana tidak ada lagi pakaian yang bersih untuk di pakai.
Sekiranya si dia berkunjung ke rumah korang tidak tahu kat mane nak duduk kerana semua tempat bersepah dengan barang-barang.

Kamu mengambil kesempatan diatas kekayaan
kat mana dia pergi,mesti korang nak kikis dia.
kalau murah takpe lah gak..ini dah laa mahal nak mampus..
lagi pun korang belum jadi hak milik dia secara sah..
tapi dah kikis kaw-kaw.

Korang terlalu peramah.
Jumpa kawan berjam-jam berbual(mengumpat)
Lebih bosan lagi kalau bertemu di resotoran,niat asalnya kamu dengan dia ingin mengabiskan masa bersama-sama.
Tapi bila bertemu saja kawan kamu.kamu terus melayan kawan kamu..
Yang si dia terus jadi tungul kayu yang blurr

Tidak ada langsung sifat keibuan.
Kalau kamu dengan kanak-kanak sikit pun kamu tak nak mengalah.
apatah lagi melayan meraka dengan baik.
bagi kamu kanak-kanak tidak boleh diberi muka.
Sedangkan si dia sukakan kanak-kanak.

Kamu kaki shoping.
bila shoping je,macam-macam baang yang kamu beli.
Sedangkan barang-barang yang kamu beli bukanya pakai sangat pun
kalau boleh shoping komplex pun kamu nak beli...
Lama-lama botak laa kepala abang dek!

Kamu terlalu bergantung kepadanya dan tidak mahu berdikari.
Kemana sahaja kamu nak pegi kamu call suruh jemput,,
nak pergi kedai depan rumah pun call..
suruh hantarkan...
Lemparkan je kat sungai karang!

Kamu dan dia berbeza hobi.
Contohnya,dia sukakan aktiviti yang santai dan rileks dan kamu lak.. sukakan aktiviti yang lasak dan mencabar.
Kamu sanggup meningalkan dia berhari-hari untuk mengkutu aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang kamu sertai.
Dan si dia menunggu untuk untuk melakukan aktiviti yang disukai bersama-sama kamu..
Cuba banyangkan bertapa kejamnya kamu....

3 comments:

Juwita Afifah said...

Tang hobi tu terkena kat batang hidung sendiri. =.=

Arul said...

@Mrs. Farhanaiyoyoyoyo sabo2

Anonymous said...

Thanks sbb bg article ni..best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)