Ada kalanya agak sukar seseorang sahabat menerima kehadiran Couple dalam persahabatan.
Si sahabat bimbang,kamu akan leka dan mengabaikan dirinya kerana terlalu mementingkan si dia.
Hakikatnya tidak salah,sekiranya kamu tahu bagaimana untuk mengimbangi antara Couple dengan sahabat.
Ikuti tips di bawah ini.
BIJAK MEMBAHAGIKAN MASA
Kamu perlu bijak membahagikan masa,antara sahabat dengan kekasih.
Jangan biarkan sahabat merasakan dirinya tersisih.
Pastikan sahabat merasakan dirinya masih diperlukan dalam perhubungan.
KELUAR BERSAMA.
Sesekali apalah salahnya jika kamu mengajak sahabat keluar bersama-sama dengan si dia.
Secara tidak langsung kamu dapat mengeratkan perhubungan persahabatan kamu bertiga.
KONGSI MASALAH.
Sebagai sahabat,kamu tidak perlu berahsia tentang hubungan cinta kamu.
Jadikan sahabat sebagai pendengar pertama dalam segala masalah yang melanda hubungan kamu dengan si dia.
MENERUSKAN RUTIN PERSAHABATAN.
Janganlah hanya kerana kehadiran si dia,kamu lupa atau tidak memperdulikan lagi aktiviti-aktiviti yang pernah kamu lakukan bersama-sama sahabat suatu ketika dahulu.
Sebaliknya,kamu perlu meluangkan masa bersama melakukan aktiviti kegemaran sama seperti dahulu.
JANGAN BERUBAH LAKU.
Meskipun kamu sudah mempuyai kekasih,tidak semestinya kamu perlu seratus peratus mengubah pendirian serta perlakuan diri kamu semata-semata untuk memenuhi kehendak si dia.
Kamu perlu menjadi diri sendiri demi memelihara hubungan persahabatan agar terjalin seperti sedia kala.
Jangan timbulkan rasa kelainan dalam persahabatan yang sudah sekian lama terbina
TAHUKAH KAMU???
Disaat kamu kecewa dengan pasangan kamu..
Masih ada yang membuat kamu gembira,
Masih ada yang cuba menghilangkan duka di hati kamu..
Siapa mereka??
Mereka lah Sahabat anda..
Hargailah mereka.
<-----Jangan lupe click like
No comments:
Post a Comment