My Blog List

Followers

Thursday, 4 August 2011

Cara untuk menjadi pendengar yang terbaik


Memang sukar untuk menjadi seorang pendengar yang baik.
Kamu memerlukankan kesabaran,persefahaman dan seni mendengar agar si sahabat tetap merasa selesa dan mampu meluahkan segala masalah yang sedang ditanggungnya kepada kamu.
Sekali kamu mampu menjadi pendengar yang baik sudah tentu hubungan kamu dengan sahabat terhindar dari konflik.
Jadi,apa kata kita kongsi petua-petua menarik untuk menjadi seorang pendengar yang baik sekali gus berusaha membantu si sahabat yang bermasalah keluar dari jerat pemasalahanya itu.

PERHATIAN
Berikan sepenuh perhatian sewaktu sahabat menceritakan tentang masalahnya.

ELAK DARI BERDEBAT

Jika kamu dan sahabat sedang berada dalam konfili,jangan memberikan komen yang terlalu mendadak sewaktu sahabat sedang meluahkan isi hatinya.
Sebaliknya,berikan kesempatan kepada sahabat untuk menjelaskan kedudukan tentang sesuatu persoalan sebelum kamu memberi komen.

EYE CONTACT

Berbual sambil mata meliar memandang keadaan sekeliling adalah satu yang salah dalam etika berkomunikasi.
Sewaktu sahabat menceritakan tentang sesuatu perkara yang penting,sebaiknya kamu tataplah matanya kerana pandangan atau fokus yang kamu berikan itu boleh memberikan kelegaan kepada sahabat yang bermasalah itu.

PEKA

Perhatikan intonasi suara dan bahasa tubuh sahabat.
Biasanya sahabat akan menyembuyikan emosinya sewaktu berbicara dengan kamu.
Lantaran itu,kamu perlu peka dengan keadaan sahabat.
Dengan cara ini,kamu boleh mengenal pasti tanda-tanda dan mampu memahami apa yang mengangu fikiranya.

MENERIMA KESALAHANYA

Dengan mengakui dan menerima kesalahanya.,secara tidak langsung kamu boleh membantu memecahkan kebuntuan yang sedang melanda sahabat.
Cara ini juga boleh menenteramkan hati sahabat dan menjadikan lebih baik walaupun pada hakikatnya si sahabat itu masih belum menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadipinya itu.

JANGAN ADA PAKSAAN.

Jika sahabat berada dalam keadaan marah dan beremosi,kamu masih boleh berada di sisinya kerana sekurang-kurangya si sahabat akan merasa lega apabila kamu berada di sisinya.
Elak dari memaksa sahabat untuk menceritakan tentang masalah yang dialaminya.
Dengan cara memaksa ini ai boleh menimbukan lebih ketengangan kepadasi sahabat.
Kamu perlu bijak mengendurkan emosinya yang sedang tegang dan marah itu!.

5 comments:

Unknown said...

nice sharing arull.. boleh digunakan nie..hehe

Arul said...

hehehe thnks :)..
bagus untuk sorang sahabat kan..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ramai suke bckp dr mndgr..hihi~

roq said...

menjadi pendengar yang baik????

gunalah earphone...hehehe

singgah2 la sini balik ye :

Arul said...

hahaha kalo bercakap je..penat lahh dalam bulan pose nie..kekekekeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)