My Blog List

Followers

Friday, 5 August 2011

Bila lelaki Berbohong???

Memahami perempuan bukanya pekara yang mudah!
Sebab itu ada sesetengah lelaki beranggapan,berbual dengan awek sendiri sama seperti berjalan di atas telur.
Perlu lebih berhati-hati!
Apa tidaknya,kalau tersalah cakap,walaupun pekara yang remeh,ia boleh memancing kemarahannya.



     Walaupun kamu sering diingatkan untuk sentiasa bersikap jujur,tetapi dengan perempuan ternyata mereka seolah-olah 'suka dibohong' sebab dalam hal-hal tertentu untuk kebaikan perhubunganya.
Kalau tidak,akan meletuslah perang dunia ketiga!

        Jadi untuk memenangi hati teman wanita,kamu bukan sahaja perlu setia,memberikanya penuh perhatian,bersikap romantis dan baik hati, tetapi perlu belajar untuk berbohong! 'A Little White Lie Wont Hurt'!.Apakah kebohongan yang disukai oleh wanita??

HADIAH

Sesetengah wanita memang mengambil berat dalam soal pemberian hadiah terhadap kekasihnya
Walaupun niat mereka baik tetapi kadangkala hadiah tersebut sebenarnya bukan sahaja tidak menepati cita rasa kamu tetapi tidak diperlukan.
Awas! Jangan sekali-kali berterus terang!
Sebaliknya kamu perlu berbohong mengatakan kamu memang sukakan hadiah tersebut.
Jika tidak kamu mungkin tidak akan menerima sebarang hadiah lagi darinya.

BEKAS KEKASIH
Wanita sebenarnya tidak suka dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain.
Lebih-lebih lagi dengan bekas kekasih kamu.
Pun begitu kadangkala si dia akan bertanya siapa yang lebih baik antara dia dengan bekas kekasih kamu?
Pastikan kamu memberi jawapan yang terbaik walaupun terpaksa berbohong.
Katakan kepadanya dia adalah yang terbaik penah kamu dampingi.

APA YANG KAMU PIKIRKAN

Seorang wanita akan berasa dihargai jika mengetahui kamu sedang berfikir tentang dirinya atau sesuatu pekara berkenaan perhubungan kamu berdua.
Jadi sekiranya dia menegur kamu ketika kamu mengelamun,katakan padanya apa yang berada di fikiran kamu ketika itu ialah sesuatu yang positif berkenaan dirinya.

PUJIAN

Bagi memastikan hubungan kamu terus berlangsung dengan harmoni,Ada baiknya kamu biasakan diri untuk memuji si dia secara berkala (sekali seminggu) sebelum dia bertanya kepada kamu bagaimanakah keadaan dirinya ketika itu.Ini akan menyenangkan sebab dia akan bertanggapan kamu memang benar-benar mengambil berat berkenaan dirinya.

ORANG LAIN.
Cuba bayangkan suatu hari kamu keluar dengan si dia ke pusat memberli belah terkemuka.
Tiba-Tiba ada seorang wanita cantik persis model melintas di hadapan kamu dan ketika itu dia melihat anak mata kamu yang mengekori langkah gadis itu.
Tiba-tiba dia bertanya "cantikkan gadis tu?"
-Awas! sebelum menjawab,fikir dulu sebab ia boleh diikuti dengan pertanyaan berikut. "Apakah dia lebih cantik daripada saya"
Untuk elakkan dari pertanyaan seterusnya kamu boleh katakan "Ya dia memang cantik tetapi bukan taste saya,awak seorang sahaja yang di hati saya sekarang."
Ha,pasti dia akan tersenyum hingga ke telingga nanti!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)