My Blog List

Followers

Sunday 31 July 2011

Tips Mudah Segak Bergaya Sepanjang hari


MANDI
 Pekara yang paling mudah tetapi sukar untuk dilakukan ialah mandi di waktu pagi.
Selalunya pelbagai alasan yang diberikan apatah lagi dengan suasana pagi yang sejuk.
Sebenarnya,terdapat kelebihan mandi diwaktu pagi.
Antaranya sudah tentu badan berbau harum,segar,
kulit menjadi sihat dan rambut tidak terlalu kering atau berminyak.

SEGARKAN WAJAH
Bahagian paling penting untuk penampilan diri adalah wajah.
 Semua mata tertumpu pada wajah dan boleh memberi tafsiran kepada orang lain.
Jadi,selepas memberus gigi,pastikan wajah anda dicuci bersih dengan menggunakan produk
pencuci wajah yang sesuai.


MEMBERUS GIGI
Jangan hanya menumpukan perhatian kepada pembersihan gigi semata-mata.
Pastikan juga anda memberus lidah kerana kebanyakan lelaki jarang melakukan.
Menurut saranan pakar gigi,
jika anda memberus lidah setiap hari selama dua minggu,
nafas anda akan berbau lebih semula jadi.
Semua orang tidak suka kepada mulut berbau busuk.


BERSIHKAN TELINGGA
Bukan sahaja mulut dan wajah perlu dijaga setiap hari.
Deria-deria yang boleh dilihat oleh orang lain seperti telinga juga perlu diambil perhatian.
Amat memalukan jika terdapat bendasing di telinga anda.
Untuk itu,adalah lebih baik membersihkan segala kotoran di telinga.
Caranya mudah sahaja,
gunakan putik kapas atau tuala lembab


KUKU & TANGAN
Apabila ditanya kepada wanita,
mereka mengatakan suka kepada lelaki yang bersih.
Begitu juga dalam urusan kerja,berjabat tangan dengan klien atau rakan sekerja dengan kuku dan tangan yang kotor amat memalukan.
Jadi pastikan anda memotong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Tidak salah untuk anda menggunakan losyen tangan bagi tujuan melembutkan tangan anda.


RAMBUT BERGAYA
Gaya rambut dikatakan penentu imej seseorang.
Sesetengah lelaki agak sukar untuk kelihatan berbeza dengan potongan rambut.
Menurut kajian,
Lelaki yang berambut pendek adalah lebih menarik.
pastikan juga rambut anda sentiasa bersih dan disikat rapi.
Sebaiknya,
Sebelum anda keluar rumah atau mandi,
syampukan rambut anda,keringkan dan gunakan tangan untuk mengayakan rambut diinginkan.

Gunalah produk pengayaan yang sesuai.
Ingat 
gaya rambut juga boleh menarik perhatian orang lain terhadap anda.


KASUT
Setiap orang bukan hanya melihat kepada wajah tetapi juga kasut.
Pandahan mata bukan terarah pada wajah ia cenderung ke bawah apabila berjalan.
Jadi
untuk memastikan orang lain memandang kebawah tanpa memberi tafsiran buruk kepada penampilan anda,
pastikan anda memakai kasut yang bersih dan berkilat sepanjang hari.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)