My Blog List

Followers

Saturday 30 July 2011

Hukum &Teknik membuat Tatu (jom Pantau)


Hukumnya
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam
berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

BAGAIMANA PULA BAGI MEREKA YANG TELAH TERLANJUR MENBUAT TATU?
Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Orang yang telah bertatu tetapi tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia maka tidak wajib dihilangkan tatunya kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut.



GAMBAR PROSES MEMBUAT TATU DIBADAN (18SG)








kulit yang telah di siat..


hasilnya..

Gelinya aku nengok...
kat NEraka nanti..kena Siat lagi
Kulit ko..nasib2~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)