My Blog List

Followers

Wednesday 24 August 2011

Tanda-Tanda Kamu Dilamun Cinta

Mesti korang penah rasekan perasaan ni..
tipu lah kalau tak penah rasekan..
Sapa-sapa yang sekarang dah ada pasangan hidup..
Jom kita flash back kenangan lalu..
Ada rase macam bawah ni tak?

~Kamu sering tersenyum apabila teringat si dia

~Kamu akan pastikan telefon bimbit sentiasa berada di tangan walau ke mana kamu pergi.

~Kamu akan pantas menjawab panggilan telefon kerana mengangap ianya tentu pangilan si dia.

~ketika kamu menghubungi si dia,kamu tidak perlu memperkenalkan nama kerana sudah tentu si dia dapat mengecam suara kamu.

~Kamu bercakap dengan nada yang lembut dan perlahan ketika berbual dengan si dia melalui telefon.

~Jantung kamu berdenyut kencang jika mendengar telefon berdering.
Adakah itu pangilan si dia?

~Sebelum kamu sukar untuk mengingati nombor telefon sesiapa,tetapi nombor si dia,semuanya terakam di dalam memori kamu.

~Kamu resah menanti panggilan selamat malam dari si dia seperti kebiasaan yang dilakukan.
Jika si dia lambat atau pun tidak menelefon,pasti kamu sukar untuk melelapkan mata.

~Kamu menggunakan nama si dia sebagai kata laluan (passwod)untuk telefon bimbit atau pun komputer kamu.

~Ramai teman-teman bertanya kenapa wajah kamu nampak berseri kebelakangan ini.
Pastinya kamu akan tersipu-sipu untuk menjawab

~Kamu semakin gemar mendengar lagu-lagu cinta.
Rasa asyik dan dibuai perasaan indah jika mendengar lagu-lagu sedemikian.
Pasti ingatan segera terbang mengingati si dia.

~Teman kamu mengajak untuk pergi menonton wayang di hujung minggu,tetapi kamu terpaksa menolaknya dengan cara yang baik kerana kamu sudah ada perancangan bersama dengan si dia di waktu yang sama.

~kamu lebih pandai bergaya dan mahu kelihatan menawan ketika bertemu dengan si dia.

~Ketika berbual dengan si dia,topik yang selalu diutarakan ialah tentang keluarga,masa depan dan hubungan kamu berdua.

~Ketika kamu makan bersama,kamu kurang berselera kerana asyik menatap wajahnya sahaja.
Rasanya cepat 'kenyang' apabila menatap wajah si dia yang tersayang.

~Kamu mula berangan-angan untuk hidup bersamanya.

~Kamu asyik menceritakan perihal si dia ketika berbual bersama teman-teman

kamu menggabungkan namanya dan nama kamu menjadi satu.

~Kamu dan si dia suka membeli barangan yang sama sebagai tanda  kenangan.

~Kamu sudah berani  mengajak si dia datang ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga.


TAHUKAH KAMU?
Bercinta memang mudah. 
Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

So..yang mane tengah mengelamun tu.. ada rase macam tanda-tanda ni tak??

<---jangan lupa klik like. :)

6 comments:

syu said...

untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh:) LIKE ini.

putry arisa said...

erk... betol la 2...
tapi.. cinta nie manis pada mulanye dan pahit pada akhirnye...
yang penting cinta pada Ilahi..
cinta yang sangat abadi.. amin..

juanita said...

good luck yer
contest mini tag line
saya da vote :)

Arul said...

@juanitathkns sangat2

Arul said...

@putry arisabetol 2..cinta kepada than..cinta yang kekal

Arul said...

@syurathnks :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DISNI HAK MILIK HAZRUL BIN MUSTAFFA :)